Friday 3 February 2012

pilihan hidup

Esok pg ujian aqua..tp ake berperang dengan diri sendiri.... fuhhhh...x tahu apa yg harus aku kata selain memohon pd allah supaya aku dapat sambung pengajian semula, aku berkecamuk dengan perasaan sendiri bagaimana aku ingin kembali bekerja sedangkan hati aku tiada untuk bekerja, bukan kerana aku ada kewangan , aku juga kesempitan, tp aku percaya pada allah tetap akan memberikan sesuatu terbaik pd ku..

"kamu kalau diberi pilihan apa yang kamu nak??".aku tanya balik soalan yang ditanya oleh hati perasaan kat aku untuk di jawab....

"honestly aku nak duit."....jawab hati perasaan  disertakan dengan beberapa explanation.bila fikir-fikir balik....aku rasa aku pon nak tukar balik jawapan aku tu......dari jawab nak 'happy' kepada nak 'duit'......

  1. kalau aku ada duit banyak nanti tak payah dah aku kerja kuli batak dekat kerajaan tu..lagi.
  2. kalau aku ada duit banyak aku boleh tolong mak abah...
  3. aku nak mak berhenti kerja duduk rumah sepenuh masa...
  4. aku nak abah berhenti kerja dan bawak abah pergi rasa apa itu "overseas"....
  5. aku nak bayar semua hutang-hutang mereka...
  6. aku nak langsaikan duit rumah yang dibuat oleh suami  untuk kami sekeluarga...
  7. aku nak bayar hutang duit kereta  abang aku walaupun kereta tu adik aku try tolong bayar
  8. aku nak belikan mak abah aku rumah yg menjadi idaman mereka.
  9. aku nak bank inn kan setiap adik beradik aku duit tiap2 bulan tanpa mereka ketahui untuk masa depan meraka untuk berkahwin.
  10. aku nak sgt namakan anak perempuan aku Syahdu Nazua Mutia...unik kan?? ada maksud...
  11. aku nak amik balik kete estima aku yg abang ipar aku pakai, livina yg jual 
  12. aku nak tebus balik dosa aku, bayar hutang, dan bantu orng yg pernah rasa susah mcm aku.
  13. aku nak naikkan kedai makan mak aku bukan tuk aku jadi mewah menunjuk2 tapi tuk aku pulangkan apa yg pernah aku ambik dulu, dan suci harta dan keberkatan yg hakiki.
  14. aku nak hantar mak abah, aku, si dia dan keluarga pergi mekah....
  15. aku nak hantar adik- adik aku pergi kelas english terbagus...
  16. aku nak break contract scholarship ni dan blah dan teruskan apa yang aku minat..
  17. aku nak pergi beli dan join pusat kecantikkan yang boleh buat aku nampak cantik.sebab makin hari manusia makin sayang manusia yang cantik.dan aku berani bet la tanggapan kepada manusia cantik dan manusia kurang cantik yang dinilai oleh manusia lain adalah berbeza.ada diskriminasi.setuju?
  18. aku nak hire orang gaji untuk mak aku...nanti mak tak payah penat-penat macam dulu dan sekarang lagi.
  19. aku nak bawak adik perempuan  aku yang bawah aku tu pergi main salji..aku nak realisasikan impian kami mase kecik untuk pergi main salji same-same....
  20. aku nak beli ubat termahal agar boleh hilangkan parut accident tu dekat kaki ni.
  21. aku nak bayar hutang adik aku pinjam duit untukdi survive hidup..aku nak tanggung dia belajar, aku rindu adik lelaki aku..sebaya ngan kawan2 aku kat u ni...
  22. aku nak sambung belajar  nanti....sebab aku tahu aku tak mampu nak bekerja dengan diploma aku dengan keadann suasana sekarang...better aku ckp korang yg bole belajar belajar la...aku sangat suka belajar..
  23. aku nak..aku nak...aku nak...aku nak...
banyak aku nak...cukuplah tuh..sebab aku tahu takkan jadik kenyataan...but then aku masih boleh berusaha..mana tahu at least 5 dari apa yang aku sebutkan kat atas tuh boleh aku jadikan kenyataan... whos knows?? tak de benda yang mustahil dalam dunia ni.....so dats how u can start searching ur own happiness oya

No comments:

Post a Comment