Friday 17 February 2012

budak baru

manusia berubah.zaman berubah.citarasa juga makin berubah.kehendak itu ini semua sibuk mahu dipenuhi.kadang-kadang sampai tak sedar itu semua duniawi...hey mari bermonolog dengan diri sendiri...perlu diajar diri dan berbicara dengan hati itu dalam diam sunyi...jangan sampai terlupa tersasar jauh dari tujuan wujudnya satu jasad yang berdiri.

"tudung yang kau pesan tu da tak banyak lah oya...aku beli yang ada je.tak banyak pilihan da.tahu tak makcik tu cakap itu fesyen lama orang dah tak pakai dah...", kata mmber

"tudung yang kau pesan tu aku tak beli.tak jumpa la....", kata member.

"weh sekarang aku da tak pakai da tudung macam kau...", message member lagi

aku jenis yang susah untuk terima benda baru. mungkin itu boleh dikategori kan sebagai satu lagi kelemahan aku selain kelemahan susah untuk buat keputusan..mungkin orang yang susah untuk terima benda baru tu adalah mereka yang tak berani amik risiko..dan aku rasa aku termasuk dalam golongan tu...dari sekecil-kecil benda sampailah sebesar-besar benda...aku selalu akan teragak-agak...bak kata pepatah "afraid of step forward".....eh macam tak kene je??haha...ok-ok balik pada tujuan entry ni..sebenarnya makin hari aku makin dibelenggu dengan masalah tengok perempuan-perempuan berfesyen...sebenarnya aku tak kisah pon mereka nak pakai shawl..or nak pakai yang macam kek lapis..nak pakai yang tingkat-tingkat,lilit-lilit...nak pakai yang wateva je la fesyen yang kadang-kadang sampai aku rasa "wow".tapi masalahnya...aku nak seru semua makcik-makcik yang ada kedai tudung agar kekal kan lah tudung-tudung yang lama jugak.so that kami ada pilihan..citarasa manusia tu kan berbeza..
 
takkan lah kau suka makan ayam seumur hidup kau dan kau nak hapuskan lembu sebab kau tak makan lembu?(bole ke peribahsa baru aku???? suka aku la kan???).haha.

bagi aku ini fenomena yang melanda seluruh kaum hawa dekat malaysia...dan aku yang berada jauh dibumi Bintulu ni tak terasa sangat fenomena nye..cuma adalah tempias sikit-sikit...bila aku tengok gambar kawan-kawan aku dan blogger-blogger kat malaysia yang bagi aku 80% dari mereka dah berubah pada fenomena shawl ni...but then,aku still stick pada tudung bawal biasa yang plain or bunga-bunga tu (dah makin pupus dipasaran)..lepas tu pakai simple gile tak berfesyen macam orang lain...benda ni kadang-kadang buat aku rasa "iskkk serabut nye nak balik semenanjng malaysia..."..alasannya adalah kerana bila balik sana  nanti aku akan dikelilingi dengan mereka yang "wow"...

sebenarnya aku tak nak pakai shawl sebab aku rasa aku nampak pelik.dan aku rasa bentuk muka aku ni tak sesuai langsung lagi-lagi bile pakai cm indon..dah la aku kategori makcik..double makcik nnti aku dpat free...dan aku rasa macam susahnyeee nak lilit-lilit macam itu ini...macam banyaknya masa nak diperuntukkan................haha....tapi tapi tapi....hari ni aku pergi uni nak buat assignment aku try lah pakai shawl...kononnya tuk malam ni ( ad function kot) eheeemmmm......tapi aku pakai shawl gaya yang memule dulu orang baru nak kenal shawl ni....so kira orang dah jauh ke arah "wow" aku baru nak mula...aku rasa bukan sebab aku nak..tapi aku macam didorong oleh keadaan dan situasi sekeliling....so aku try......keluar-keluar bilik member nampak dan berkata...

"ok je.nampak macam budak baru.....hye boleh berkenalan?"
pulak ....so x jd pkai cm biase keh.........

p/s : kalau ada persatuan 'hidup tudung bawal', aku nak jadi president.boleh?

No comments:

Post a Comment